JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya melangkah ke peringkat suku akhir AFC Champions League Elite selepas menewaskan Sanfrecce Hiroshima dengan keputusan agregat 3-2.Pada perlawanan kedua pusingan 16 terbaik yang berlangsung di Stadium Edion Peace Wing Hiroshima pada Rabu, JDT tewas tipis 0-1. Namun keputusan itu sudah memadai untuk skuad Harimau Selatan mara ke peringkat seterusnya selepas mencatat kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Ibrahim sebelum ini.Kejayaan ini menyaksikan wakil tunggal Malaysia itu bakal berdepan cabaran lebih besar apabila dijangka bertemu kelab-kelab gergasi dari Asia Barat pada peringkat suku akhir nanti.Antara pasukan yang berpotensi menjadi lawan JDT termasuk tiga kelab terkenal dari Arab Saudi iaitu Al-Hilal, Al-Ahli dan Al-Ittihad.Selain itu, kelab dari Qatar seperti Al-Sadd dan Al-Duhail turut berada dalam senarai pencabar, bersama Shabab Al-Ahli dari Emiriah Arab Bersatu serta wakil Iran, Tractor SC.Bagaimanapun, keputusan undian lawan JDT masih belum diketahui selepas Asian Football Confederation (AFC) menangguhkan beberapa perlawanan zon Asia Barat susulan ketegangan yang sedang berlaku di rantau tersebut.Pertembungan dengan kelab-kelab elit Asia Barat dijangka menjadi ujian sebenar buat JDT dalam usaha mencipta sejarah lebih besar di pentas bola sepak Asia.

Advertisement

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *